Rabu, 12 Maret 2014
Potong zakar selepas gaduh dengan isteri
11 Ogos 2013
Suzhou: Seorang lelaki dimasukkan ke sebuah hospital di sini baru-baru ini tanpa satu buah zakarnya
Akhbar Morning Express melaporkan, lelaki itu memotong sendiri buah zakarnya selepas bergaduh dengan isterinya.
Menurut akhbar itu, lelaki berkenaan, Tang, 38, berasal dari utara China tetapi bekerja sebagai juruelektrik di Suzhou.
Pendapatan sebanyak 2,000 yuan (|RM1,063) sebulan tidak cukup untuk dia menyara isteri dan dua anak. Kerana terlalu bosan hidup di rumah sewa, si isteri dilapor mengancam akan mengadakan seks dengan suaminya setahun sekali saja kecuali dia membelikannya sebuah rumah.
Pada 2 Ogos lalu, selepas satu pertengkaran, Tan mengambil pisau cukur dan memotong satu daripada buah zakarnya.
Sumber hospital berkata lelaki itu kini stabil. Ia bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai kemampuan Tang untuk melakukan seks pada masa depan. - Agen
sumber : mymetro
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar