Minggu, 02 Februari 2014
ASAL USUL HANTU TENTERA JEPUN MESTI BACA !
Bertemu lagi kita di dalam membicarakan tentang sejarah bangsa Malaysia yang makin lama makin dirasakan pupus oleh saya kerana kejahilan anak muda kita yang tidak mahu mempelajari sejarah negara dan gagalnya orang orang lama kita mengajar teladan yang baik yang diterima tinjauan daripada susah payah di “sabun” dan di “lempang” mukanya oleh “si katik” tentera Jepun.
Dalam mempersoalkan kisah yang berlaku hampir 70 tahun yang lampau, saya pada kali ini ingin mengimbas kembali beberapa kisah yang saya dapat dari arwah datuk saya dan juga beberapa kisah dari kawan kawan saya yang mengkaji tentang imperialis jepun ini.
Banyak persoalan timbul dari kisah kisah ini, tetapi apa yang saya ingin highlight pada kali ini ialah resort -resort terakhir para pelancong timur yang tidak diundang ini dan dimanakah lokasi lokasi sebenar resort terakhir mereka ini.
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah kisah ini dengan tuan tuan pembaca setia blog Military of Malaysia agar sejarah bangsa tidak hilang dan beberapa perkara mistik yang patut dikaji kesahihannya.
Penulisan saya ini bercampur antara sejarah dan alam mistik. Saya pasti ada beberapa fakta disni yang tuan tuan pernah merasai, mendengar dan juga melalui pengalaman tersebut.
Di dalam pencarian saya mengenai emas emas di semenanjung, tidak dapat lari dari soalan “ Bro.. hang tau tak pasal emas yamashita?’ Kat mana boleh jumpa? Betul ke ada emas ni? Kenapa tak pernah jumpa walau disebut sebut? Siapa yang jaga?
Saya merujuk kepada beberapa artikel Tn Hj. Shah Paskal berkenaan “penjaga penjaga setia” yang disebut sebut dan ada askar askar kita dan orang awam berjumpa secara tak sengaja dengan mereka ini.
1. Semasa tentera jepun mendarat di pertama kali di Pantai Kuala Pak Amat jam 4.ooam 8 Disember 1941, berkekuatan 3 batalion tentera jepun menjejak kaki mereka di pantai tersebut yang diketuai oleh Leftenan Kolonel NaEntera. Dianggarkan seramai 5600 askar jepun berjaya dalam misi tersebut walau ditentang hebat dari tentera British bangsa India dari pasukan 3/17 th Dogras (Dogra Regiment).
2. Pasukan kedua mendarat diketuai oleh Mejar Kausi dan pasukan ketiga diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi dan Kolonel Yashio Nasu agak lewat sikit kerana diserang oleh kapal terbang British Australia jenis Hudson dari pasukan No. 1 Squadron RAAF (Royal Australian Air Force) dari airport Kota Baharu Pengkalan Chepa dan jenis Vickers Vildebeeste yang tiba dari base Gong Kedak dan Base Lalangluas di Machang.
3. Ok, sekarang ni persoalan saya ialah, betapa ramai askar jepun mendarat..dan terbunuh, pernah atau tidak tuan tuan pembaca blog MOM ini mengetahui di mana lokasi mereka di simpan atau di istirehatkan di resort-resort (bunker) yang mereka bina? Silap silap ada yang kecut perut atau seram bila dah tahu di mana mereka ‘berehat’ setelah perang. He He He He…
5. Tapi kalau saya bagitau bahawa orang jepun juga amat percaya akan kuasa roh / mistik ? Tak faham? Boleh rujuk artikel sejenis batu yang di simpan di bawah reservoir di negara selatan oleh Tn. Hj Admin kita…
6. Ok saya jelaskan. , tentera jepun sememangnya amat kuat pegangan kerohanian mereka. Mereka percaya bahawa mereka pasti akan hidup kembali dan akan berada semula di tempat mereka terbunuh. Sebab itu mereka sanggup hara kiri… (Agama Shinto)
7. Oleh itu, mayat mayat askar mereka yang jumlah yang ramai itu sebenarnya tiada dikuburkan. Sebenarnya mereka itu di bakar bersama dengan tanah tanah liat dan dijadikan batu bata untuk membina bangunan dan juga markas mereka. Campuran batu bata ini boleh di lihat hampir setiap monumen atau bangunan yang diduduki oleh Jepun.
8. Kenapa? Mereka percaya bahawa roh roh askar ini akan sentiasa bersama menjaga bangunan itu dan tidak keterlaluan jika saya bagitahu mereka juga penjaga emas yamashita.
10. Hospital tempat saya bertugas dahulu juga sentiasa diganggu oleh tentera yang tak balik kampung ni. Itu resort mereka. Saya ada juga terbaca dari artikel MOM ni yang mengatakan batu satu bangunan yang mempunyai darah dan tulang. Saya lupa artikel yang mana. Tapi itu menjawap persoalan artikel tersebut bagaimana darah dan tulang di dalam batu bata bangunan tersebut. Harap admin bagitau artikel yang mana.
12. Mereka menggali tergesa gesa dan menanam semua emas tersebut di lokasi yang mereka duduk tetapi ia di “jaga” oleh penjaga penjaga setia ini. Bagi orang biasa. Mengarutlah cerita ni… tapi bagi “goldhunter” di negara kita ni, perkara biasa .
13. Cuba tuan tuan fikir… soal nampak hantu Jepun, di mana mana di bicarakan orang. Ada yang pernah jumpa dan ada yang pernah dirasuk dan sebagainya. Di mana lokasi kejadian tu? Tentulah di kawasan mereka duduk dan kem-kem mereka. Tapi di mana? Pecahkanlah batu bangunan tu.. ambil dan lihat kemungkinan ada tulang yang bercampur dengan batu bata itu. Itulah penjaga setia mereka.
Artikel ini adalah artikel yang dicampur dari pengalaman saya, arwah datuk datuk saya, dan para pengkaji sejarah Jepun.
Terpulang untuk mempercayai atau tidak tetapi kalau sebut hantu Jepun semua orang tahu.
Mana kubur? Itu bangunan Jepun laa… ada berani tidur dalam bangunan dia malam malam?
Siang hari pun berkawad di Memorial Perang Jepun di Batu Maung, Pulau Pinang, apa lagi pada waktu malam (pengalaman saya itu). Lintang pukang kami cabut lari gara gara mencari emas Yamashita.
TULANG MANUSIA DALAM BINAAN JEPUN
1. Berikut merupakan gambar dan bukti bagaimana Jepun memasukkan mayat-mayat askar mereka sebagai bahan binaan.
2. Mengikut kepercayaan orang-orang Jepun, ruh askar-askar ini akan sentiasa berkhidmat sehingga ke akhir zaman untuk menjaga kepentingan empayar dan maharaja mereka.
3. Sebagai orang Islam, kita dilarang mempercayai bahawa ada kuasa yang lebih besar dari Allah yang akan membantu kita.
4. Ini bagaimanapun tidak bermakna bahawa kita harus menolak kewujudan makhluk-makhluk ghaib sedangkan banyak perkara yang bukan ghaib, kita masih lagi gagal cari dan kenal.
5. Saya ingin tegaskan bahawa penggunaan perkataan “hantu” hanyalah sekadar hiburan dan saya yakin kebanyakkan pembaca di sini sudah pun mempunyai asas-asas keagamaan yang cukup dan tidak perlulah saya memberi syarahan terperinci mengenai jin, iblis, syaitan, orang bunian dan sebagainya.
6. Artikel ini dan sebelumnya bertujuan untuk mencambah ilmu di kalangan pembaca.
7. Jika ada pembaca yang tersesat, terpesong atau lari akidahnya ketika membaca artikel-artikel ini, bolehlah emel atau berjumpa dengan saya terus untuk mendapat penerangan yang lebih terperinci.
8. Saya bagaimanapun yakin, kebanyakkan kita sudah pun didewasa dan boleh berbincang dengan cara yang lebih matang.
NOTA PENULIS : SEMUA GAMBAR DI ATAS ADALAH DARI KAJIAN ARKEOLOGI STRUKTUR KOMPLEKS PERTAHANAN JEPUN YANG ADA DI MALAYSIA DAN BUKAN DARI SADURAN INTERNET.
SUMBER / http://militaryofmalaysia.net/
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar