Senin, 10 Februari 2014
Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing
PASIR GUDANG – Dua beranak dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika keluar memancing di sebuah rumah rakit yang terletak kira-kira 800 meter dari Jeti Kampung Tanjung Langsat, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Abdul Talib Mohd Hadhari, 42, dikatakan cuba menyelamatkan anaknya, Muhammmad Taufik Abdul Talib, 8, yang terjatuh ke dalam laut, sebelum dihanyutkan arus deras.
Difahamkan, Abdul Talib yang bekerja sebagai penyelia kilang di Pasir Gudang dan tinggal di Kampung Baru Sungai Redan, Ulu Tiram itu turut membawa seorang lagi anak perempuannya, Nurul Humairah Abdul Talib, 11, ketika memancing bersama dua rakannya di lokasi terbabit.
Seramai 46 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa sejak 6 petang, semalam. – BHarian
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar