Senin, 03 Maret 2014

Khadijah Ibrahim Buka Cawangan Kedua Restoran


Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan telah membuka cawangan kedua restorannya, Khadijah’s Kitchen yang terletak di Danau Kota, Setapak.

Antara sebab kenapa beliau menambah cawangan adalah kerana Khadijah ingin memberi peluang serta membantu rakan-rakan artis untuk kembali menyanyi.

“Ramai yang menganggap artis veteran sudah tidak dipedulikan dan ia sangat sensitif buat saya kerana mereka adalah kawan-kawan saya. Jadi apabila dapat lokasi ini, perkara pertama yang saya terfikir adalah sebuah pentas.

“Saya ingin menjemput mereka untuk menyanyi di restoran saya dan persembahan tersebut akan dirakamkan untuk dijadikan satu klip video. Ini merupakan sumbangan saya buat mereka,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Selain memberi ruang dan peluang buat penyanyi veteran, restoran terbaharunya itu juga tidak melupakan golongan penyanyi baru atau penyanyi jalanan untuk membuat persembahan di sana.

Restoran pertama Khadijah terletak di Jalan Bukit, Petaling Jaya dan telah beroperasi sejak tahun 2008.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar