Senin, 23 Desember 2013

Bagaimana Solat Kita


Selalu kita dengar ustazah/ustaz kita kata “Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.” Tapi betul kah? Namun, sejauh mana solat itu berkesan dalam mencegah seseorang itu daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini?
Ya, setiap apa yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya penuh dengan kebaikan. Allah memerintahkan sesuatu hukum untuk dipatuhi oleh manusia bukanlah satu perkara yang sia-sia. Walhal walau perkara itu di anggap kecil, pasti padanya kebaikan dan penuh dengan maksud tersirat. Umpama Allah ‘memerintahkan’ agar daun gugur ke bumi. Padanya juga ada ‘petunjuk’ dan ‘sebab’ yang kita sendiri pun tidak dapat membongkarnya.
Demikianlah dengan solat. Allah memerintahkan kepada kita untuk mengabdikan diri kepadaNya ketika duduk, berdiri, baring dan dalam apa jua keadaan. Pada solat itu terdiri daripada gerakan-gerakan badan- berdiri, rukuk, sujud yang dituruti dengan hati yang memuji kesempurnaan Allah SWT. Setiap kali kita mengangkat takbir, kita mengucapkan pujian kebesaran kepada Allah. Kemudian apabila kita rukuk, sujud, ikhtidal seiring kita memuji dan membesarkan keagungan Allah SWT.
Lantas dengan kehadiran hati yang khusyuk semasa berhadapan dengan Allah SWT memberi kesan kepada hati itu seterusnya memberi kesan kepada anggota-anggota badan yang lain untuk menjauhi maksiat.
Justeru, dari hatilah bermulanya pencegahan diri daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah. Apabila hati itu penuh dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, maka menzahirkan anggota-anggota badan yang turut ‘patuh’ pada perintah tuhannya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
“Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati”
(Hadis Shahih Bukhari)
Manakala Imam al-Ghazali pun di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan,
“Hati itu ibarat raja, manakala anggota- (tangan, kaki, mulut, mata dll) itu ibarat rakyatnya. Jika baik raja itu, baik juga rakyatnya. Demikianlah hati, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggotanya”
Solat itu Pencegah Maksiat
“ Setiap hari dia solat, tapi setiap kali itu jugalah dia maksiat”
” Semalam nampak pak din kat Masjid bersolat, hari ni nampak pula kat kedai nombor”
” Solat tak pernah tinggal, mengumpat pun tak pernah tinggal”
Mari kita renungkan sama-sama. Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Kita tahu dan yakin solat itu mencegah diri daripada kejahatan dan maksiat. Allah juga telah nyatakan di dalam kitabNya yakni sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri daripa kejahatan dan kemungkaran. Tapi, mengapa masih melakukan maksiat? Mengapa masih berada di ‘jalan’ yang sama?

Sumber


Tidak ada komentar:

Posting Komentar