Jumat, 20 Desember 2013

Permohonan MP semak daftar pemilih ditolak

  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Mac 14 2013
 
Usaha anggota Parlimen Klang Charles Santiago untuk menyemak semula daftar pemilih utama dan tambahan untuk kawasan parlimennya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Hakim Vernon Ong berkata, mahkamah terikat dengan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 yang menyebut daftar pemilih yang sudah diwartakan tidak boleh disemak kembali.

MNONEahkamah juga tidak boleh memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memberikan respon kepada perkara yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen, kerana tiada peruntukan yang membenarkannya.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan, permohonan Charles bersifat remeh dan menyusahkan.

"Oleh itu, mahkamah menolak permohonan ini, dan oleh kerana kes ini berkaitan kepentingan awam, mahkamah memutuskan tidak membuat sebarang perintah berhubung kos," kata hakim.

Sebagai respon kepada keputusan itu, Charles berkata, mahkamah gagal menangani isu utama bahawa Seksyen 9A sebenarnya ultra vires dengan perlembagaan persekutuan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar